Cari Nombor Penaja

Selasa, 22 November 2016

Kenapa bisnes Tone Excel ini luar biasa hebat!?

 Picture


Jika kita nak join mana-mana bisnes network marketing, kita kena tengok 4 faktor ini dahulu iaitu syarikat, produk, pelan pemasaran, & kumpulan/sistem - jika ada kekuatan 4 faktor ini, insyaAllah bisnes network marketing tu bagus..

1. Kekuatan produk (25%)

Keperluan – Hampir semua orang guna HP, tidak kira mereka dari golongan mana pun, so orang takde masalah nak join bisnes ni sebab kalau mereka tak join pun memang mereka pakai HP pun.

Berkualiti – Sebab Tune Talk guna infrastructure Celcom (celcom ada 38% share dlm TT), so di mana ada coverage celcom (yang sangat luas tu), di situ ada coverage TT juga.

Harga berpatutan – Ratenya sederhana, dibandingkan dengan telco lain.

Tiada tandingan – Satu-satunya program seumpamanya di Malaysia, malah di dunia. Sekarang ni ramai usahawan telco luar negara sedang dok risik-risik pihak management syarikat Tone Excel :-)

Tidak bermusim – Semua orang mengunakannya, hari-hari, ada yang setiap jam, minit, saat.. & sampai mati lah guna..

Anti kemelesetan ekonomi – Walaupun zaman gawat, orang tetap guna HP.

Pasaran sedia ada – Market sangat besar – 41 juta talian, & sangat fresh – baru 1.2 juta ribu talian TE berdaftar.

Potensi berterusan – Budak sekolah rendah pun dah guna HP; pasaran sampai bila-bilalah...

Dapat benefits yang telco lain takde bagi pun – Selama ni bertahun-tahun pakai hp tak dapat apa, & akan terus pakai, tak dapat apa-apa, baik join TTTE, dapat juga PA Insuran dari ETIQA TAKAFUL bernilai RM50ribu percuma, points tukar tiket kapal terbang Air Asia percuma, corporate/diskaun rate tune hotel, cabutan bertuah, pertandingan hebat, & yang paling best boleh buat duit $$$$$$!

2. Kekuatan pelan pemasaran (25%)

Modal sangat kecil - (rm90 sahaja + rm5.40 GST); modal sekali sahaja; untung banyak kali (setiap kali orang topup).

Pengiraan Bonus real time setiap transaksi - Telus, & terus masuk ke system te-website, minimumkan manipulasi.

Tidak perlu queue submission - Tiada flushing, tiada pending :-)

Tidak membezakan orang baru dengan orang lama– sama sahaja plannya.

Tidak perlu menjual barang (topup) - Hanya edar simkad sekali sahaja, & simkad senang dibawa ke mana-mana.

Payout tinggi – Sebab ini adalah technology base bisnes (kos fizikal yang rendah - hanya jual simkad; tower/infra pun guna celcom punya); bayaran balik yang tinggi kepada pengedar - komisyen topup sehingga 26% (10+3+13%), belum masuk bonus yang lain lagi tu.

Pendapatan boleh diwarisi - Boleh diwariskan pendapatan kepada isteri dan anak-anak atau sesiapa sahaja selagi HP sentiasa aktif.

3. Kekuatan syarikat (25%)

Kukuh – Tone Excel bekerjasama dgn Tune Talk dimiliki oleh syarikat yang kukuh Tune Group – Air Asia, Tunehotel, Tune Insurance, Tune Money.

Online – 24 jam sehari, 365 hari setahun; service yang boleh di bawa ke mana-mana & pada bila-bila masa.

Timing yang tepat untuk join – Produk, plan pemasaran, syarikat, sistem dah mantap – dalam bisnes network marketing, tahun ke-3 adalah tahun yang paling sesuai untuk join, di mana tahun pertama & kedua (2010-2012) merupakan tahun kepayahan sudah berlalu – contoh sekarang produk TT senang di dapati di kedai-kedai/tempat jual topup, selain call dan sms sudah ada data plan (internet), pelan pemasaran dah improve (bonus makin bagus), senang nak join tak perlu isi borang hantar ke hq sri petaling, boleh terus signup online di website, now lagi dah improve guna sms jer – lagi mudah dan cepat.

4. Kekuatan kumpulan/ sistem/ you (25%)

(contoh) Kumpulan Master Mind Group UIA – Kumpulan yang sudah dikenali ramai, pihak HQ juga mengenali kekuatan group kami. Dalam group MMGUIA sudah ada proven testimoni, anak muda berusia 25 tahun iaitu saya sendiri yang paling cepat berjaya di TE, rangkaian besar lebih 100 ribu ahli, income 115K sebulan dalam masa hanya 1 tahun 9 bulan sahaja, dan ini adalah income recurring pasif yang terus meningkat setiap bulan, insyaAllah.

Kita ada sistem – Bila orang join – daftar thru online sistem; ada set tools panduan lengkap bagi memudahkan ahli-ahli baru faham; ada preview; ada training; dll tunjuk ajar dari geng-geng MMGUIA sendiri.

Diri sendiri – Kejayaan bermula dari kemahuan & keazaman diri sendiri mahu berjaya; usah bicara soal kejayaan jika tiada ilmu di minda; success!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan